Wednesday, December 24, 2014

Resepi Bayi (6 Bulan ke atas) : PURI AVOKADO BERKRIM

avocado_puree-610x300
Bahan:
1 biji kecil avokado yang sudah ranum
Cara-cara:
  • Belah avokado kepada dua bahagian, keluarkan biji
  • Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu
  • Tambah sedikit susu formula/susu badan (mengikut kesesuaian bayi anda) dan teruskan melenyek sehingga ia membentuk puri avokado yang berkrim
IMG_6908

Tips Penyimpanan Puri Avokado Berkrim
  • Untuk menjimatkan masa penyediaan puri di masa hadapan, anda boleh menyediakannya dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
  • Puri avokado tahan lama sekurang-kurangnya dua minggu. Simpan puri di dalam bekas kiub ais dan tutup dengan kertas aluminium sebelum disimpan di dalam peti. Jangan risau, ia tetap segar apabila dicairkan.
  • Apabila anda hendak menyediakan puri tersebut, ambil beberapa ketul puri beku yang hendak disediakan pada waktu itu sahaja. Cairkan menggunakan ketuhar selama 15 saat secara berkala. Selepas setiap 15 saat, kacau puri sehingga cair. Apabila puri telah cair dan suam mengikut suhu yang diingini, pastikan anda kacau lagi agar suhu puri seimbang.
  • Anda juga boleh cairkannya di atas dapur gas dengan api yang kecil. Kacau sehingga cair dan jangan terlalu lama kerana puri mudah hangus
  • Pastikan anda tidak menyimpan lebihan makanan bayi anda walaupun di dalam peti sejuk. Air liur bayi telah bercampur dengan makanan dan akan mencemarinya. Bakteria pada air liur boleh membiak dan akan mengakibatkan keracunan makanan.
Resepi yang sangat mudah disediakan! Dalam masa sekurang-kurangnya 3 minit sahaja anda boleh menyediakan makanan pertama yang kaya dengan khasiat kepada bayi anda. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment